PerkhidmatanJabatanJabatan DigitalUntuk Pengguna UiTM

E-Mel UiTM
UiTM menggunakan e-mel Google sebagai e-mel rasmi. Setiap staf UiTM diberikan satu akaun e-mel. Satu akaun e-mel juga diperuntukkan kepada setiap PTJ. Jika perlu kemudahan e-mel tambahan, sila gunakan e-mel Office 365. Sila hubungi kami sekiranya memerlukan bantuan melalui url units.uitm.edu.my

Infra Web + Tele-Sidang
Secara ringkasnya tele-sidang membolehkan komunikasi secara bersemuka (face-to-face) berlaku diantara manusia di seluruh dunia daripada berbagai lokasi. Penggunaan teknologi ini membolehkan e-mesyuarat serta pengajaran secara jarak jauh berlaku. Manakala, infra web pula adalah kemudahan tapak hosting yang disediakan oleh pihak Infostruktur kepada PTJ yang layak.

Perisian Komputer
UiTM dan KPM telah menyediakan perisian gunasama yang diperlukan untuk kegunaan akademik dan pentadbiran. Sila hubungi kami melalui  capaian url https://bsu.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan perisian yang diperlukan.

Komputer Sewaan
Komputer Sewaan merupakan satu perolehan perkhidmatan yang melibatkan peralatan komputer di mana pengguna dapat menggunakan komputer sewa di UiTM. Pembekal bertanggungjawab membekalkan komputer dan memastikan komputer sentiasa boleh digunakan selama tempoh sewaan yang ditetapkan. Setiap PTJ perlu membuat perancangan komputer sewaan di PTJ masing-masing. Aduan kerosakan komputer sewa : https://units.uitm.edu.my/

Geran Perkakasan ICT
Geran Perkakasan ICT disediakan adalah bertujuan untuk menjimatkan serta mengurangkan kos pengurusan dan operasi Universiti Teknologi MARA. Geran ini diberi kepada semua Staf Akademik dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 ke atas. Geran Perkakasan ICT boleh dimohon dalam sistem : https://units.uitm.edu.my (Menu Grant)

Rangkaian
Dalam memastikan kelancaran perkhidmatan dalam sistem rangkaian UiTM, unit rangkaian akan memantau setiap permasalahan yang timbul akan segera di selesaikan. Unit Rangkaian juga menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh first level support.

Kad UiTM
Kad UiTM ini juga adalah merupakan identiti kepada warga UiTM. Staf dan pelajar yang tidak aktif atau telah tamat perkhidmatan di UiTM tidak dibenarkan membuat kad ini. Sahsiah Mahasiswa digunapakai untuk membuat kad.

Pusat Data UiTM
Tujuan utama Unit Pusat Data diwujudkan adalah untuk memastikan kelancaran operasi pusat data universiti dengan masa 'down - time' yang minima dan menguruskan insiden pemulihan bencana untuk aplikasi / sistem maklumat universiti di Kampus Induk UiTM Shah Alam.

Pembangunan Sistem
Pembangunan sistem merangkumi tiga (3) skop perkhidmatan utama iaitu pengautomasian proses kerja melalui pembangunan sistem & aplikasi, integrasi sistem dan pengurusan pangkalan data. Perkhidmatan ini dilaksanakan secara projek mengikut skop, tempoh dan spesifikasi keperluan yang dipersetujui melalui kaedah yang sesuai dan amalan terbaik. Sistem dan aplikasi yang telah dibangunkan akan diselenggarakan secara dalaman bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan universiti berjalan lancar.

HUBUNGI KAMI

Jabatan Digital,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 2203

  • dummy jabatandigital@uitm.edu.my

         

 

Search