Ketua Pegawai Digital, Jabatan Digital, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dengan penuh rasa syukur dan tanggungjawab, saya ingin mengalu-alukan kehadiran anda ke Jabatan Digital, Universiti Teknologi MARA – pemacu transformasi digital yang memainkan peranan penting dalam memperkasa ekosistem digital UiTM.

Dalam era digital yang pesat berkembang, inovasi teknologi bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan bagi memastikan UiTM terus relevan sebagai institusi pendidikan unggul. Sebagai Ketua Pegawai Digital, saya dan seluruh pasukan di Jabatan Digital komited untuk menerajui perubahan, mengukuhkan infrastruktur digital, dan memperkenalkan penyelesaian teknologi yang berimpak tinggi dalam bidang pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, serta pengurusan universiti.

Dengan pelaksanaan Pelan Strategi Pendigitalan UiTM, kami akan terus memacu kecemerlangan digital melalui penggunaan AI, Cloud Computing, IoT, dan teknologi inovatif lain. Keutamaan kami adalah untuk mencipta ekosistem digital yang selamat, cekap, dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memperkasa pendigitalan nasional.

Saya percaya bahawa transformasi digital bukan sekadar perubahan teknologi, tetapi juga perubahan mindset, budaya kerja, dan pendekatan strategik dalam ekosistem akademik dan pentadbiran. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak – warga akademik, pelajar, staf pentadbiran, serta rakan industri – amatlah diperlukan bagi menjayakan misi ini.

Marilah kita bersama-sama merealisasikan visi UiTM sebagai sebuah universiti bertaraf dunia yang tidak hanya cemerlang dalam akademik, tetapi juga sebagai peneraju dalam inovasi teknologi.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Profesor Ir. Ts. Dr. Juliana binti Johari
Ketua Pegawai Digital, Jabatan Digital, Universiti Teknologi MARA 
VICE CHANCELLOR

TINJAU LAGI

Sentiasa Bersama #KeluargaUiTM Di Capaian Lain

ACARA AKAN DATANG

Sentiasa Bersama #KeluargaUiTM Di Capaian Lain

5JUN, 2025

5<span>JUN, 2025</span>

TAKLIMAT UJIAN KESIHATAN MENTAL

  • 5 Jun 2025
  • Tempat: Online
  • Penganjur: Jabatan Digital

HUBUNGI KAMI

Jabatan Digital,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 2203

  • dummy jabatandigital@uitm.edu.my

Search