Latar Belakang Jabatan Digital

Pekeliling Naib Canselor Bilangan 7 Tahun 2024 Penstrukturan Carta Organisasi Universiti Teknologi MARA dan Istilah-Istilah bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan organisasi dalah dirujuk. Bersesuaian dengan pekeliling tersebut, Jabatan Infostruktur telah dijenamakan semula kepada Jabatan Digital dan diketuai oleh Ketua Pegawai Digital (Chief Digital Officer, CDO) berkuat kuasa 2 Januari 2025. Sehubungan dengan itu juga, jawatan Ketua Pegawai Digital yang dahulunya adalah jawatan Penolong Naib Canselor (Infostruktur) telah  dipertingkatkan kedudukannya ke peringkat eksekutif (Tier 2) bagi menyokong aspirasi transformasi digital kerajaan dan universiti.

Justeru, Jabatan Digital telah diujudkan merangkumi enam (6) bahagian seperti berikut:

    1. Pejabat Ketua Pegawai Digital
    2. Bahagian Governan Digital
    3. Bahagian Sistem dan Aplikasi
    4. Bahagian Infrastruktur Digital
    5. Bahagian Keselamatan ICT
    6. Bahagian Teknologi Pengkomputeran

Perbincangan berkaitan cadangan struktur organisasi Jabatan Digital telah bermula pada Mac 2024 dengan mengambil kira pewujudan Jabatan Digital Negara (JDN) pada 12 Disember 2023 di bawah Kementerian Digital bagi menerajui usaha transformasi digital negara.

Sehinggalah cadangan tersebut telah dikuat kuasakan melalui Pekeliling Naib Canselor Bilangan 7 Tahun 2024 bertarikh 1 Ogos 2024 sebelum pelaksanaannya pada 2 Januari 2025 oleh Jabatan Digital.

Sepanjang tahun 2024 dan 2025, beberapa pekeliling daripada JDN dan  surat-surat daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberi implikasi secara langsung dan menuntut Jabatan Digital untuk melihat semula struktur organisasi jabatan. 

 Oleh itu,  Mesyuarat Majlis Eksekutif Univerisiti (MEU) Bil. 24/2025 bertarikh 12 November 2025 telah meluluskan penyusunan semula struktur organisasi jabatan dengan penstrukturan semula Bahagian Governan Digital kepada dua (2) bahagian berbeza menjadikan Jabatan Digital kepada 7 Bahagian seperti berikut:

    1. Pejabat Ketua Pegawai Digital
    2. Bahagian Governan, Strategik dan Arkitektur Digital
    3. Bahagian Pengurusan Projek & Perundingan Digital
    4. Bahagian Sistem dan Aplikasi
    5. Bahagian Infrastruktur Digital
    6. Bahagian Keselamatan ICT
    7. Bahagian Teknologi Pengkomputeran

 

HUBUNGI KAMI

Jabatan Digital,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 2203

  • dummy jabatandigital@uitm.edu.my

         

 

Search