Pengenalan Bahagian Teknologi Pengkomputeran

Mengenali Bahagian Teknologi Pengkomputeran di Jabatan Digital

Pada 1 Januari 2025, nama bahagian ini telah ditukarkan daripada Bahagian Operasi ICT (BOICT) kepada Bahagian Teknologi Pengkomputeran (BTP). Penjenamaan ini adalah selaras dengan penstrukturan organisasi yang berlaku di peringkat Jabatan Digital mulai tahun 2025 dan mendokong aspirasi universiti bagi menjadikan elemen digital sebagai tunjang kepada visi, misi dan objektif UiTM.

Fungsi dan Peranan Bahagian

Mengetahui fungsi dan peranan di Bahagian Teknologi Pengkomputeran

  1. Pengurusan aplikasi produktiviti dan kolaborasi universiti
  2. Pengurusan komputer sewaan berpusat
  3. Pengurusan pencetak pelbagai fungsi (multifunction printer – MFP) sewaan UiTM Shah Alam, Institut Latihan & Pembangunan (ILD), UiTM Cawangan Selangor dan Hospital Al-Sultan Abdullah
  4. Pengurusan geran perkakasan ICT staf
  5. Pengurusan teknikal laman web universiti
  6. Sokongan teknikal cetakan kad staf dan pelajar
  7. Pengurusan aduan dan perkhidmatan ICT
  8. Perkhidmatan ICT bagi PTj UiTM Shah Alam secara zon – Zon Alpha, Beta, Delta, Epsilon, Gamma dan Sigma
  • Sokongan teknikal ICT tahap 1 aduan dan perkhidmatan ICT UiTM Shah Alam
  • Pengurusan makmal komputer UiTM Shah Alam

Carta Organisasi Bahagian

Melihat carta organisasi Bahagian Teknologi Pengkomputeran

Bahagian Teknologi Pengkomputeran diketuai oleh Timbalan Pegawai Teknologi Maklumat Kanan dengan kekuatan tenaga kerja seramai 78 orang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana. Terdapat dua (2) unit diwujudkan berdasarkan fungsi spesifik yang boleh dirujuk pada carta berikut :-

HUBUNGI KAMI

Jabatan Digital,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 2203

  • dummy jabatandigital@uitm.edu.my

         

 

Search