Bahagian Sistem dan Aplikasi
Mengenali Bahagian Sistem dan Aplikasi di Jabatan Digital
Pada 1 Januari 2025, nama bahagian ini telah ditukarkan daripada Bahagian Sistem Maklumat kepada Bahagian Sistem dan Aplikasi (BSA). Penjenamaan ini adalah selaras dengan penstrukturan organisasi yang berlaku di peringkat Jabatan Digital mulai tahun 2025 dan mendokong aspirasi universiti bagi menjadikan elemen Digital sebagai tunjang kepada visi, misi dan objektif UiTM.
Fungsi dan Peranan Bahagian
Mengetahui fungsi dan peranan di Bahagian Sistem dan Aplikasi
Peranan dan tanggungjawab utama BSA adalah menyediakan platform pengautomasian bagi proses kerja dengan membangunkan sistem dan aplikasi universiti. Pembangunan sistem dan aplikasi ini secara umumnya adalah dilaksanakan secara holistik untuk digunakan oleh seluruh warga UiTM dan tidak bersifat lokaliti penggunaannya di kampus/PTJ UiTM. Di samping pembangunan sistem dan aplikasi, BSA juga berperanan di dalam menyelenggara sistem dan aplikasi yang telah dibangunkan bagi memastikan proses sedia ada di dalam sistem selari dengan keperluan semasa. Di bawah adalah senarai fungsi utama Bahagian Sistem dan Aplikasi:
- Merancang, mengurus dan menyelaras pembangunan serta penyelenggaraan sistem dan aplikasi universiti.
- Merancang, mengurus dan melaksana integrasi sistem dan data.
- Melaksana operasi sokongan teknikal tahap dua bagi sistem dan aplikasi universiti.
- Memastikan pembangunan sistem dan aplikasi universiti mematuhi dasar, standard dan amalan terbaik.
Carta Organisasi Bahagian
Melihat carta organisasi Bahagian Sistem dan Aplikasi
Bahagian Sistem dan Aplikasi (BSA) diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Kanan dengan kekuatan tenaga kerja seramai 55 orang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana. Terdapat tiga (3) unit diwujudkan berdasarkan fungsi spesifik yang boleh dirujuk pada carta berikut :-