Bahagian Governan Digital

Mengenali Bahagian Governan Digital di Jabatan Digital

Tadbir urus, pengurusan strategi, pengurusan Projek ICT dan pengurusan Kontrak ICT merupakan tunjang utama dalam agenda transformasi digital. Seiring dengan kemajuan teknologi semasa, perkhidmatan ICT merupakan komponen penting dalam memastikan sistem penyampaian universiti sentiasa kekal relevan. Transformasi digital, cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan isu dalam mendepani pandemik covid-19 memaksa semua warga mengubah corak kerja seharian mereka dengan menggunakan teknologi dalam persekitaran norma baharu. Sejajar dengan keperluan ekosistem ICT semasa, Bahagian Governan Digital bertanggungjawab untuk memastikan tadbir urus ICT dilaksanakan secara berkesan, telus, dan selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh Universiti.

Fungsi dan Peranan Bahagian

Mengetahui fungsi dan peranan di Bahagian Governan Digital

Bahagian Governan Digital terdiri daripada tiga (3) unit utama bagi menyokong Jabatan Digital dalam melaksanakan fungsi yang telah ditetapkan.

Unit Dasar & Strategik melaksanakan fungsi berikut:

  1. Pengurusan Pelan Strategik Pendigitalan UiTM​
  2. Penyelarasan Pelan Strategik UiTM​​
  3. Pengurusan Pelan Strategik Jabatan​​
  4. Pengurusan Prestasi Perkhidmatan ICT UiTM
  5. Pengurusan dasar, polisi, pekeliling, dan garis panduan ICT​​
  6. Penyelarasan Audit ICT​​ bagi pematuhan dasar ict, 
  7. Pengurusan Enterprise Architecture (EA)​​ - (pengurusan arkitektur aplikasi dan teknologi)

Carta Organisasi Bahagian

Melihat carta organisasi Bahagian Governan Digital

Bahagian Governan Digital diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat dengan kekuatan tenaga kerja yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana. Terdapat dua (3) unit diwujudkan berdasarkan fungsi spesifik yang boleh dirujuk pada carta berikut :-

HUBUNGI KAMI

Jabatan Digital,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 2203

  • dummy jabatandigital@uitm.edu.my

         

 

Search