Bahagian Keselamatan ICT

Mengenali Bahagian Keselamatan ICT di Jabatan Digital

Selaras dengan perkembangan semasa dan aspirasi universiti untuk menjadi universiti yang tersohor, keselamatan perkhidmatan teknologi maklumat perlu dikawalselia bagi memastikan ia berjalan dengan lancar. Bahagian Keselamatan ICT, Jabatan Digital bertanggungjawab mengawalselia keselamatan ICT universiti daripada ancaman seperti ancaman malware dan aktiviti penggodaman. Skop kawalselia keselamatan ICT meliputi infrastruktur IT, rangkaian dan aplikasi web. Selain itu juga, Bahagian Keselamatan ICT memberi khidmat nasihat dan memberikan kesedaran kepada warga UiTM mengenai keselamatan ICT.

Fungsi dan Peranan Bahagian

Mengetahui fungsi dan peranan di Bahagian Keselamatan ICT

  1. Pengurusan aduan pengguna yang berkaitan perkhidmatan keselamatan ICT.
  2. Pengurusan perkhidmatan identiti digital warga UiTM.
  3. Pengurusan perkhidmatan operasi keselamatan ICT universiti.
  4. Pengurusan piawaian, dasar, garis panduan dan program kesedaran keselamatan ICT.
  5. Pengurusan penilaian tahap keselamatan ICT universiti.
  6. Pengurusan kawalan, pemantauan dan insiden keselamatan ICT.

Carta Organisasi Bahagian

Melihat carta organisasi Bahagian Keselamatan ICT

Bahagian Keselamatan ICT diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat dengan kekuatan tenaga kerja yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana. Terdapat dua (2) unit diwujudkan berdasarkan fungsi spesifik yang boleh dirujuk pada carta berikut :-

HUBUNGI KAMI

Jabatan Digital,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 2203

  • dummy jabatandigital@uitm.edu.my

         

 

Search