Pengenalan

Pengenalan Bahagian

Pejabat Ketua Pegawai Digital merupakan salah satu daripada beberapa bahagian di dalam Jabatan Digital. Secara amnya; Pejabat Ketua Pegawai Digital bertanggungawab menguruskan segala urusan berkaitan perkhidmatan Pengurusan Am, surat-menyurat, fail dan pengurusan pejabat. Bahagian ini juga bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan yang berkesan dengan mengoptimumkan sumber manusia secara cekap dan berkesan seiring dengan misi dan matlamat Jabatan.

Fungsi dan Peranan Bahagian

Mengetahui fungsi dan peranan di Pejabat Ketua Pegawai Digital

Pentadbiran

  1. Menguruskan perolehan peralatan pejabat dan bayaran.
  2. Mengurus hal ehwal perkhidmatan cuti staf.
  3. Urusan kerja lebih masa staf.
  4. Pengurusan disiplin staf.
  5. Urusan Kad Perakam Waktu.
  6. Menguruskan penempatan staf melapor diri.
  7. Menyedia perkhidmatan kaunter.
  8. Pelupusan Peralatan Pejabat.
  9. Menguruskan Panjar Wang Runcit.
Perkhidmatan

  1. Menyelaras program penggunaan kenderaan dan urusan penyelenggaraannya.
  2. Menyelaras Skim Khidmat Pelajar dan Latihan Praktikal.
  3. Ruang Pejabat Pentadbiran.
  4. Anggaran Belanjawan Pentadbiran.
  5. Kebersihan dan keselamatan premis Pentadbiran.
  6. Pengurusan kenderaan.
  7. Pakaian seragam.

Carta Organisasi Pejabat Ketua Pegawai Digital

Melihat carta organisasi Pejabat Ketua Pegawai Digital

HUBUNGI KAMI

Jabatan Digital,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

  • dummy+603-5544 2203

  • dummy jabatandigital@uitm.edu.my

         

 

Search